Scrut.my – Mengubah Industri Kereta Recond Malaysia

Assalamualaikum,

Saya nak kongsikan cerita Scrut.my yang telah di bangunkan oleh syarikat Ifcon Technology Sdn Bhd kepunyaan aku dan aliff.

Cerita nya bermula pada bulan puasa, pukul 3 petang di office kami di wangsa maju. Biasalah kebiasaannya bulan puasa ni agak banyak distraction idea di sebabkan kerja-kerja oleh klien mula slow. Mungkin mereka ni time puasa banyak yang balik awal.

So bermula lah mencari idea baru untuk buat produk. Pada bulan April aku dan Aliff telah pergi ke Japan bertemu dengan satu syarikat “Public Listed” di Japan untuk membuat satu produk yang berkaitan dengan automotive. Secara tidak langsung kami mempunyai akses data kepada data-data auction house di Jepun.

Kebiasaanya jika idea yang baru belum di validate. Kami akan melihat apa resources yang ada pada saat itu. Kebetulan data-data ini agak menarik untuk di dagangkan kerana info info yang ada dalam data tersebut amatlah berguna kepada pengguna kereta Recond di Malaysia.

Disinilah episod bermula, kami cuba buat se-menimum mungkin dengan konsep MVP (Minimum Viable Product). Dalam masa 3 hari scrut di lancarkan, kami berjaya mendapat perhatian di sosial media. Banyak respon yang positif dan like. Pengguna banyak meluahkan perasaan kecewa bila mereka tahu yang kereta mereka beli bukanlah kereta gred A seperti yang di gambarkan.

Scrut.my mula menapak saat itu. Bersambung..

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer