Sebab mengapa IDSB.my ditubuhkan

Salah satu projek utama saya pada tahun 2019 merupakan penubuhan satu web bagi memudahkan pegawai kerajaan untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Ada beberapa faktor mengapa saya tertarik untuk “co-develope” platform ini dengan kerjasama di antara syarikat I Destinasi Sdn Bhd dan syarikat Ifcon Technology Sdn Bhd untuk menubuhkan satu syarikat baru iaitu IDSB Digital Sdn Bhd.

Pengenalan tentang syarikat I Destinai atau dikenali sebagai IDSB. IDSB merupakan syarikat yang berkolabrasi dengan RHB Islamic Bank untuk menawarkan pembiayaan peribadi kepada kekitangan kerajaan dengan kadar keuntungan diantara yang paling rendah di dalam pasaran dan juga kadar “payout” atau tunai bersih yang amat tinggi iaitu sehingga 98%.

Sebagai sebuah “software house”, kami amat memilih untuk bekerjasama secara “co-develop” dan selalunya kami akan melihat asas tiga perkara iaitu capital, capability dan content. Dalam konteks IDSB Digital ini, peluang yang kami nampak adalah apabila ketiga-tiga elemen ini cukup dan pasaran tradisional telah mula tepu. Saya juga melihat banyak perkara yang kita dapat selesaikan dengan menggunakan satu platform fintech seperti ini.

Nak tau sebab apa IDSB.my ni ditubuhkan? Ok, here it goes.

Terlalu banyak “gimmick” yang dilakukan oleh ejen pembiayaan atau pinjaman peribadi .

Gimmick yang di lakukan oleh pihak pemasaran bank/koperasi ada yang terlalu menarik sehingga banyak yang terpedaya dan memilih produk yang ditawarkan. Contohnya seperti pengiklanan kadar keuntungan yang sangat rendah tetapi hakikatnya yang rendah hanya pada tahun pertama sahaja. Ada juga yang menawarkan kadar keuntungan rendah tetapi “pay-out” yang diberikan sangatlah rendah. Ada yang serendah 70% sahaja! Tunai bersih yang sepatutnya peminjam dapat seharusnya maximum yang mungkin. Dalam kes produk IDSB, IDSB hanya menolak lebih kurang 2%. Itupun untuk Takaful. Tiada caj-caj yang merepek.

Ejen yang tidak bertauliah dan menganiaya peminjam

Dalam dunia pinjaman ini banyak ejen-ejen yang tidak bertauliah dan membuat perkara-perkara melampaui batas. Antara perkara yang sering berlaku ialah ejen meminta “fee” atau yuran untuk membuat pinjaman. Helo! takkan nak buat pinjaman kene bayar pulak? Inilah yang terjadi dan banyak peminjam yang telah banyak di perdaya. Kononnya ejen ini boleh “kawtim” untuk melincirkan dan “guaranteed approve”. Wahai saudara saudari sekali ingatlah bahawa yang bagi pinjam ni mestlah mencari pelanggan yang berkualiti. Takkan kita nak bagi pinjam dekat orang yang kita rasa dia tak boleh bayar balik? Jadi perkara ini tidak sepatutnya berlaku, segala permohonan pinjaman sepatutnya percuma . “Free!”

Ada yang lebih ekstrim mintak debit kad pulak. Bila dah approve dia yang cucuk kononnya untuk bayar komisen. Apa-apa produk bila ada kos pemarasan dah tentu komissen akan di berikan kepada ejen yang bertauliah. Tapi bila diorang tak bertauliah, ini yang diorang akan ambil daripada peminjam. Nak tekan bank/koperasi tak boleh. Tekanlah peminjam, Jadi hati-hati ya, jangan terjerumus dengan kata-kata manis diorang ni.

Boleh menolong orang ramai bagi merendahkan komitmen bulanan

Bila lihat produk IDSB ni, saya boleh katakan inilah produk yang terbaik, kalau tidak yang paling terbaik, produk ini adalah antara yang paling baik. Kadar keuntungan Pinjaman IDSB ni hanya 3.99% dan juga payout setinggi 98%. Mana-mana peminjam dari institusi lain boleh membuat “Debt Console” atau penyatuan hutang bagi mengurangkan komitmen. Logiknya jika pinjaman sebelum ini kadar keuntungan lebih tinggi berbanding apa yang IDSB tawarkan. Inilah peluang untuk membuat penyatuan hutang. Kurangkan bebanan bulanan. Anda “happy” kami “happy”.

Mohon secara atas talian dan tiada orang pertengahan.

Salah satu kelebihan web IDSB ni, sesiapa nak buat pinjaman boleh mohon terus atas talian. Semua dokumen hendaklah di muat naik dan kelayakan boleh terus di semak. Ini adalah satu “advantage” kepada yang tidak selesa untuk berinteraksi dengan ejen di sebabkan perkara-perkara privasi seperti memberikan penyata gaji dan bank. Dengan pengurangan orang ketiga, IDSB boleh mengekalkan produk yang baik kerana penguragan dari segi kos. Apabila kos rendah, kelebihan yang anda akan di berikan kepada peminjam. Secara tidak langsung kadar keuntungan boleh kekal rendah dan pay-out yang tinggi.

Sekadar tu dulu, last but not least, banyak ilmu yang boleh di pelajari dari dunia kewangan. Mana lagi nak dapat peluang macam ni boleh masuk kedunia ini. So guys, kepada yang nak apply pembiayaan peribadi atau dikenali umum sebagai pinjaman peribadi . Boleh mohon terus di sini.

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer