Ada yang terjumpa blog hantu dan mengatakan aku adalah seorang scammer.
Aku amat gelisah apabila blog hantu pun ada orang percaya, blog hantu ini jugalah yang membuat kadang-kadang proses bisnes aku lebih sukar. Ada beberapa lesen bisnes yang aku apply akan ada hicups oleh kerana blog ini.
Aku menafikan sekeras-kerasnya yang aku terlibat dalam apa-apa program scam. Blog hantu tersebut di tulis oleh seorang yang tidak bertanggung jawab dan amat dengkikan aku dan sahabat baik aku Aliff Ahmad.
Waktu tahun 2017, kami ada membuat satu portal untuk memberi informasi terkini untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang teknologi blockchain. Kami buat portal ini untuk membuka minda rakyat Malaysia sacara santai dengan informasi berita dan maklumat tentang dunia kewangan kripto dan pasaran saham.
Untuk membayar kos-kos operasi portal ini, kami mengambil fee bagi sesiapa yang ingin iklan kepada portal tersebut. Jadi pada tahun 2017 ada satu klien yang baru membuat token iklan dalam portal kami. Oleh kerana iklan tersebut, ada satu entiti yang dengki mengatakan kami terlibat dalam penjualan token tersebut dan kami membuat satu program scam.
Tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali kerana portal tersebut hanya membuat iklan bagi sesiapa yang buat bayaran dan ada kami menulis “Paid Advertisement” di ruang penulisan yang kami tulis.
Aku adalah seorang yang sukakan bisnes namun belum pernah aku scam sesiapa. Aku pernah bertanya, Siapakah yang aku scam? Tiada siapa pun yang menyahut seruan tersebut kerana memang aku tidak pernah terlibat dalam apa-apa program ponzi. Ini adalah FITNAH besar.
Aku telah pun menyaman tiga orang yang membuat kenyataan fitnah tersebut dan dua telah selesai dan mempunyai “court order” dan satu lagi masih berjalan dan tertunda di sebabkan pandemik covid-19.
Social Profiles