BERPELAJARAN TAK SEMESTINYA BERADAB
Hari ni aku tengah tenang-tenang di rumah, tiba-tiba masuk satu mesej di Messenger daripada Mohd Amirul 
Pendek saja mesejnya:
“Bodoh.”
Aku tengok dan aku tertanya-tanya juga.
Aku tak pernah kacau hidup dia. Tak pernah cari dia. Tak pernah PM dia. Tapi entah apa yang mendorong seseorang untuk masuk ke ruang peribadi orang lain semata-mata nak menghantar perkataan macam ni.
Daripada maklumat yang aku lihat, dia merupakan graduan UM dan pernah menerima biasiswa Khazanah.
Sebab itu aku rasa agak terkilan.
Kita selalu kaitkan pendidikan tinggi dengan kematangan. Kita anggap bila seseorang itu berpelajaran, cara dia berkomunikasi pun sepatutnya lebih baik.
Tapi rupanya sijil dan pencapaian akademik tak semestinya datang sekali dengan adab.
Kalau tak bersetuju dengan aku, tak ada masalah.
Kritiklah.
Bantahlah.
Bagi hujah.
Aku sendiri terbuka kalau orang nak berbeza pendapat.
Tapi kalau sampai masuk Messenger orang yang kita tak kenal semata-mata untuk tulis “bodoh”, aku rasa itu bukan perbezaan pendapat. Itu cuma menunjukkan bagaimana seseorang memilih untuk berkomunikasi apabila berada di sebalik skrin.
Yang lebih membimbangkan bagi aku ialah budaya rasa terlalu entitled di media sosial — seolah-olah bila kita tak suka seseorang, kita ada hak untuk masuk ke ruang peribadi dia dan cakap apa sahaja yang kita mahu.
Kita mungkin tak boleh kawal apa orang fikir tentang kita.
Tapi kita sentiasa boleh kawal adab kita terhadap orang lain.
Jadi hati-hatilah dengan budaya macam ni.
Ilmu boleh membawa seseorang jauh.
Tapi tanpa adab, ilmu itu belum tentu menjadikan seseorang lebih tinggi.
kalau satu hari nanti kau terjumpa post ni di masa hadapan.

Nik Izwan Kamel is proudly powered by WordPress