Menjala di lautan dalam

Sebelum ni, aku memang mencari-cari benda yang aku boleh buat tetapi tidak ada kebergantungan dengan orang luar. Beberapa tahun lepas aku mengenali seorang tok guru yang menjala di lautan dalam. Mula-mula aku macam tak percaya, sebab dari dulu lagi aku telah ada pandangan negatif terhadap pasaran saham. Rupa rupanya tanggapan aku salah, yang banyak negatif itu adalah pasaran Bursa Malaysia.

Kali ni lain, aku telah di exposekan dengan satu benda yang sangat menarik. Aku boleh manjala di lautan dalam dengan “trading” pasaran saham luar. Di US mahupun di China. Tok guru aku ni telah mengkaji selama 40 tahun. Masa mula mula mengenali dunia ni, aku pernah pergi ke beberapa kelas yang di anjurkan oleh trader trader lain. Malangnya banyak kelas ni sampah. Mengajar orang trade tetapi membuat duit dengan anjuran kelas.

Bagi aku kebanyakkan yang buat kelas ni adalah “scammer”. Kalau dia dah boleh trade dan buat duit. Mengapa dia nak buat kelas secara publik? Mengangkat diri sendiri dengan testimonial-testimonial yan hanya “untung”. Dalam dunia realiti tak mungkin anda untung setiap kali trade dalam pasaran saham. Dan tiada seorang pun yang berani buat “live trade” depan anak murid mereka selama sekurang-kurangnya semingu dan menunjukkan keuntungan yang kosisten. Yang mereka tahu, sembang sajalah! Ada yang cakap trade equity tapi sebenarnya trade options. Options ni lebih risiokonya berbanding beli equity atau saham sesuatu syarikat.

Platform yang aku pernah gunakan selama trading ni adalah seperti berikut

SAXO Bank
Trade Station
Interactive Broker

Pandangan aku?

SAXO Bank:
Interface yang menarik. Ada multiple platform yang mudah di gunakan. Tapi malangnya fee trade terlalu mahal. Banyak yang gunakan platform SAXO ni sebab mereka trade options bukan trade equity

Trade Station:
The best in the class. Boleh gunakan EasyLanguage untuk membuat strategi dan indicator. Elok untuk technical analyst. Sebab programming language dia memang sangat mudah.

Interactive Broker:
Platform yang murah untuk trade equity dari segi fee. Mempunya API yang sangat powerful. Siapa yang nak buat trading strategy menggunakan Python, C# atau JAVA. Boleh gunakan IB. Cuma interface dia nampak macam kuno sikit. API dia sangat versatile. Aku dah cuba untuk buat buat satu software copy trade untuk IB.

Aku pilih TradeStation dan IB untuk kegunaan aku sendiri.

Kenapa?

Sebab TradeStation boleh buat Strategy dan IB boleh trade pelbagai exchange (US/Europe/UK/Singapore/China). Macam mana nak gabung dua ni? Nanti aku buat post lagi satu. Calo!

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer