- Macam mana nak beli saham global?
Pasaran saham di persada dunia mahupun local semuanya memerlukan broker untuk membuat transaksi. Dunia dah 2021 ni kebanyakkan broker semuanya dah ada platform online untuk. Jadi kau perlu la buka akaun dengan mana-mana broker yang menawarkan saham dari exchange yang mana. Kalau nak beli saham global, contohnya nak beli saham US dari exchange NASDAQ dan NYSE. Carilah mana-mana broker yang menawarkan dua exchange ni. Sama ada broker local mahupun broker dari US. Nak buka akaun zaman sekarang ni pun sangat mudah. Sign-up aje dan hantarkan documentation yang patut. Macam bukak akaun bank lah, biasanya dia nak buat KYC (Know-Your-Customer). Jadi butiran-butiran peribadi mestilah mereka minta untuk lebih mengenali diri kau tu.
Lepas soalan ni mesti korang tanya pulak soalan no 2 ni.
- Broker mana yang bagus nak buka?
Pertama sekali kau kena tau, apa yang kau nak trade? Style kau trade tu macam mana pulak? Setiap orang ni keperluaan masing-masing berbeza-beza. Ada yang nak murah, ada yang nak perisian bagus, ada yang ikut kawan (bodoh), ada yang ikut tok guru (tok guru dapat duit). Tapi benda yang aku nak tekan kan kat sini. Kau kena bukan broker yang legit. Macam mana nak tau dia legit ke tak? Kalau dekat US, broker tu mestilah register dengan FINRA.
Link nak check : https://brokercheck.finra.org/
Ada juga broker local yang menawarkan untuk pembelian saham global. Tapi kebiasaannya fee yang diorang letak adalah terlalu tinggi. Lepas tu tak semua stocks yang ada broker local ni tawarkan. Jadi aku suggest, carilah broker US kalua nak beli saham US. Ada beberapa broker yang ada. Boleh check dengan compare dekat sini (https://www.stockbrokers.com/compare) .
Kenapa aku kata, lain orang lain keperluaan dia?
Orang yang beli saham dalam kuantiti yang banyak mungkin dia mencari broker yang mengenakan “flat” fee. Contohnya cas per trade adalah $5 tak kira sebanyak mana saham yang di beli. Bagi orang yang membeli dalam kuantiti yang sikit, broker “flat” fee mungkin tak sesuai di sebabkan $5 adalah terlalu tinggi bagi kuantiti yang sedikit. Bagi trader yang begini, mungkin dia lebih mencari broker yang mengenakan cas mengikut kuantiti share yang di beli. Controhnya macam InteractiveBrokers .
Ada juga yang lebih cenderung kepada trading platform yang di berikana. Ikut mana sesuai dan mengikut keperluan. Tak perlu terikut-ikut orang.
- Berapa minimum funding untuk membuka akaun?
Ini pun antara soalan yang aku banyak kali kena jawab, setiap broker mempunyai minimum funding tersendiri. Cara terbaik nak check adalah kau semak official web broker yang kau rasa-rasa sesuai untuk diri kau tu. Tapi ingat, semua broker ni terletak di luar negara. Kau akan rugi kalau kau transfer sikit. Nak funding ni kena buat International Money Transfer. Jadi, bank atau money transfer agent akan mengenakan fee. Nak main saham global kena lah ada modal sikit. Jangan la cakap korang ada $50 jer. Rugi dekat fee je nanti.
- Boleh ke nak main Saham Global secara intraday?
Ni banyak orang frust tang sini, nak jual beli secara unlimited di US. Akaun kau kena ada fund dalam $25000. Lebih kurang RM100,000.00 lah. Baru la kau boleh buat unlimited trade dalam masa satu hari. Akaun yang melebihi amount ini juga akan diberikan margin. Untuk Day Trading, margin dia adalah sebanyak 4 kali ganda. Kalau rasa nak simpan overnight. Margin yang di berikan adalah dua kali ganda.
Banyak yang tak percaya benda ni, sebab banyak tok guru cakap boleh jual beli saham global tak kisah duit banyak ke sikit. Sebenarnya, korang dah kena bodoh dengan sifu korang tu. Tok guru scam kau tu mesti dia ajar trade OPTIONS, bukan trade MOTHER SHARE. Kalau kita nak pegang saham tu sendiri. Inilah rulesnya.
- Macam mana nak hantar fund ke broker?
Biasa kita hantar duit pakai apa? Mestilah pakai bank. Betul tak? Dalam kes nak hantar duit ke broker juga. Bank juga adalah salah satu pilihan. Cumanya bank ni kebiasaannya charges dia agak tinggi bagi mereka yang nak hantar dalam amaun yang sikit. Dunia digital sekarang ni ada beberapa fintech yang buat service hantar duit dengan fee yang murah. Contohnya macam Transferwise dan Instarem. Sesetengah broker juga ada wujudnya office dan funding dalam Singapore Dollar. Contoh macam Interactive Broker. Jadi kalau ada broker yang boleh transfer duit ke Singapore je, aku suggest kau bukak akaun CIMB atau Maybank Singapore. Boleh transfer direct. Cepat pun cepat. Selalunya Instant Transfer. Harini bank-in harini jugak amount muncul dalam broker. Terus boleh trade!
- Bursa kan ada. Apasal kau sibuk naik trade saham global?
Soalan ni perumpamaan dia macam kau menjala di lautan selat melaka dengan lautan dalam Hindi. Jauh beza. Dekat US ada lebih 7000 stocks menjadi pilihan. Volatality dan Volume jugak agak besar berbanding dekat Bursa. So takde Liquidation problem. Lagi satu bila ada volume yang besar, market sesuati counter tu jadi lebih efisyen sebab susah nak manipulate. Nanti aku terangkan lagi dalam post lain pasal ni.
- Apa tools yang best untuk digunakan untuk mencari saham-saham yang berpotensi?
Tools dekat dalam web ni macam-macam ada. Boleh Google. Bagi aku yang paling versatile dan web based adalah TradingView. TradingView ni kita oleh buat custom indicator kalau tahu gunakan PineScript. Sesetengah orang lain mungkin gunakan tools lain. Aku juga ada gunakan MultiChart dan TradeStation. Kesemua tools yang aku gunaakan kebiasaannya boleh buat programming dengan Bahasa yang mudah. Data pun sedia ada. Tak perlu pening nak fikir data souce. Ini untuk aku lah. Untuk orang lain mungkin web web lain boleh membantu contohnya mcm Finviz. Pokok pangkalnya kena tahu apa yang korang nak dalam Technical Analysis korang. Kalau setakat standard indicator tu bersepah-sepah tools ada dekat web. Tinggal nak google je.
Jangan Malas!
1 comments On 7 Soalan yang aku benci nak jawab bila orang tanya tentang saham global
terbaik bos