Tips trade stock market global guna AI atau Automation.

Disarankan untuk menggunakan VPS ataupun dedicated server yang terletak berdekatan dengan broker korang. Lebih-lebih lagi kalau untuk Day Trader atau High Frequency Trader.

Untuk mengurangkan Slippage, kita perlukan feed harga yang pantas dan kurang latency. Ni untuk para trader yang menggunakan market order. Yang gunakan Limit order tak perlu risau sangat pasal benda ni.

Screenshot yang aku ambil ni menunjukkan perbezaan latency komputer aku di rumah VS server yang aku gunakan untuk trade.

Jauh beza, average latency pc rumah aku yang menggunakan Unifi 800mbps adalah 282ms manakala remote desktop aku di Data Center US adalah 4ms.

Antara advantage lain adalah kita tak risau internet dan electricity putus ketika trade. Sebab reliability di data center adalah lebih 99%.

Kalau kita pergi travel ke mana-mana pun tak risau. Remote je desktop ni pakai Tablet atau Phone. Tak perlu pening-pening.

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer