Berbaloi ke Bayar akaun Trading View?

Kenapa aku rasa berbaloi mengguanakan trading view?
Trading view adalah salah satu tools yang aku gunakan untuk memasukkan custom indicator yang di formulakan oleh tok guru aku.

Kelebihan Trading View ni aku boleh menggunakan PineScript iaitu bahasa yang di gunakan untuk membuat indicator dan strategy. PineScript adalah bahasa yang sangat sangat mudah di pelajari. Kalau memang dah ada basic programming, PineScript ni memang mudah. Dalam masa satu hari dah boleh kuasai bahasa ini.

Kat mana nak belajar PineScript ni?

Boleh direct ke documentation yang di buat oleh Trading View:
https://www.tradingview.com/pine-script-docs/en/v4/index.html

atau web di bawah ni yang ada banyak contoh yang diberikan:
https://kodify.net/tradingview-programming-articles/

Syioknya PineScript ni kita boleh buat custom alerts dan juga untuk membuat formula yang menggunakan Multi Time Frame (MTF) , PineScript mempunyai cara yang mudah iaitu hanya dengan menggunakan satu line script untuk memanggil data dari time frame yang lebih besar.

Walaupun screener yang ada pada Trading View adalah scanner standard. Dengan menggunakan TradingView juga kita boleh membuat scanner sendiri kalau pandai guna PineScript. Cumanya iainya mempunyai limitasi kerana function security hanya boleh di panggil maximum sebanyak 40 kali dalam satu script.

Selain dari tu, kenapa aku rasa berbaloi di sebabkan harga data live yang diberikan oleh TradingView. Secara general, data agak susah di dapati atau pun terlalu mahal untuk di langgan. Jadi bila ada TradingView ni, analisis untuk Global Stock Market menjadi lebih mudah dan murah.

Jadi, untuk aku. Memang berbaloi baloi lah guna Trading View ni.

Siapa belum ada boleh picit sini untuk dapat free trading view coins.

Trading View

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer