Buat Alert secara pukal di Trading View

Banyak yang kecewa bila buat script di trading view. Lepas tu bila nak buat alert. kena buat satu-satu. Haduih. Kerja yang macam ni yang biasa paling malas nak buat. Trading View Premium akaun boleh membuat sebanyak 400 alerts. Takkan nak buat 400 ni satu-satu? Kalau sekali jer tak apa, ini setiap kali bila kita update PineScript. Alert ni semua nak kena buat balik satu-satu.

Ada ke cara yang lebih mudah, senang dan cepat untuk benda ni?

Jawapannya : Ada!

Apa yang ko perlu install hanyalah NPM dan GIT? Dah ada ke belum? Cuba type npm dan git di PowerShell

Kalau bila type ko dapat error di atas, maksudnya belum ada lah tu. So macam mana nak install?

Kena download dekat sini:

https://git-scm.com/downloads

https://nodejs.org/en/download/

Lepas install, make sure restart PowerShell. Lihat screenshot bawah ni. Ini gaya orang berjaya telah menginstall npm dan git

Ok.

Jom kita copy repo ni dan install pula.

https://github.com/alleyway/add-tradingview-alerts-tool

git clone https://github.com/alleyway/add-tradingview-alerts-tool.git
cd add-tradingview-alerts-tool
npm install
cp config.example.yml config.yml

Ok, kita dah berjaya untuk install alerts tool ni. Apa yang kau kena configure sekarang ada lah kena edit config.yml mengikut apa yang korang nak.

Tukar benda ni mengikut cita rasa sendiri.

Apa yang korang kena tukar? Tukar dekat bahagian input masukkan file csv list ticker yang kau nak buat untuk alert ini. Bagian chart URL mengikut chart yang kau dah buat. dan juga alert condition tu. Ikut alertcondition() yang di buat masa dkt PineScript.

Message pun sekalah nak bubuh apa dekat dalam ni. Kalau ada setting webhook. Pastikan kau dah buat satu alert secara manual untuk mendapatkan default setting.

iles:
  input: binance_usdt_pairs.csv
  exclude: blacklist.csv
tradingview:
  # The chart which has the indicator you'd like to use
  chartUrl: https://www.tradingview.com/chart/WS5uK1l5/
  # (optional) set the chart interval before adding pairs, otherwise interval of last saved chart is used
  # examples: 1s | 30s | 1m | 15m | 1h | 1D | 1M
  interval: 4h
alert:
  condition:
    primaryLeft: MTF Deviation
    primaryRight:
    secondary: Tier1 long
    tertiaryLeft:
    tertiaryRight:
  option: Once Per Bar Close
  # alert name is optional - can override in csv if desired and use {{symbol|base|quote}}
  # name: MI dev3 for {{base}} {{quote}}
  # indentation matters! {{quote}} and {{base}} are swapped out for quote asset(eg. USDT) and the base (eg. BTC)
  message: >
    {
        "message_type": "bot",
        "bot_id": 999999,
        "email_token": "fffffff-fffff-fffff-ffff-ffffffffff",
        "delay_seconds": 0,
        "pair": "{{quote}}_{{base}}"
    }

Dah siap setting semua.

Run je script ni dan kau akan nampak dia akan masukkan alert-alert secara automatik! Jimat masa boh!

npm run add-alerts

Nak tau lebih boleh baca readme yang di sediakan 🙂

Selamat mencuba.

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer