Menteri TikTok

Menteri Pengajian Tinggi level main TikTok!

Daripada sibuk duk ajak orang main Tiktok ,

Lebih baik ajar macam mana nak ceburi bidang saham.

Dalam silibus universiti mahupun sekolah belum ada lagi exposure tentang dunia pelaburan saham. Benda ni sepatutnya di masukkan dalam silibus. Barulah banyak orang ada pengetahuan.

Tak semestinya untuk pelaburan, mungkin untuk pengetahuan am tentang bagaimana nak menjadikan sesuatu bisnes atau syarikat untuk di apungkan di pasaran.

Kalau kita lihat, banyak syarikat atau startup yang mampu kedepan di sebabkan mereka cepat mengambil peluang untuk apungkan syarikat mereka. Dengan apungan ini, mereka mendapat cash flow yang baik untuk expand dan berdiri megah di mata dunia. Dengan adanya pelaburan di syarikat mereka, mereka berjaya menghasilkan innovasi yang baik.

Siapa sangka Shopify yang hanya membantu peniaga untuk membuat online shop berharga lebih $400 dollar untuk seunit saham.

Untuk pelaburan juga bagus kalau di ajar bagaimana nak lihat dari segi fundamental dan teknikal. Mungkin ada yang boleh jadikan peluang buat duit sewaktu PKP ini. Jual beli saham tak perlu keluar rumah. Gunakan handphone pun boleh.

Ajar main Tiktok apa dapat? Dapat bala nanti baru tau.

Majulah Bangsaku Majulah Malaysiaku.

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer