Betul ke ZOOM ni ada malware?

Isu berkenaan aplikasi zoom. Zoom merupakan aplikasi yang popular ketika wabak Covid ini melanda. Banyak syarikat, sekolah dan kerajaan menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi secara atas talian untuk perbincangan.

Mengenai isu keselamatan di Zoom, kebanyakkan yang tular di media social dan dark web adalah di sebabkan user itu sendiri kerana tidak meletakkan “password” untuk meeting yang di hostkan. Masalah mula terjadi apabila banyak kelas-kelas online untuk sekolah mendapat tetamu yang tidak di undang dan di paparkan video yang tidak senonoh.

Namun masalah ini telah selesai apabila ZOOM mengemaskini aplikasi zoom yang terkini. Kini semua perserta akan di masukkan di waiting room dan harus mendapatkan kebenaran host untuk sertai meeting tersebut.

Rujuk: https://blog.zoom.us/wordpr…/…/04/01/a-message-to-our-users/

Masalah kedua pula apabila ada yang mengatakan ZOOM menghantar data ke China. Perkara ini adalah benar. Tetapi apa yang terjadi di sebabkan penggunaan ZOOM meningkat dengan pesat daripada 10 juta pengguna kepada lebih 200 juta pengguna. Jurutera ZOOM yang terdiri daripada 1/3 jutera dari China (CEO Zoom juga adalah Chinese American) tidak menjangka permintaan terlalu banyak dan menggunakan sebagian server daripada “data center” dari negara China.

Rujuk: https://www.businessinsider.my/china-zoom-data-2020-4…

Zoom juga tidak jujur dengan perkataan “Encryption” di mana Zoom tidak mempunyai end-to-end encryption ketika ini.

Rujuk: https://blog.zoom.us/…/facts-around-zoom-encryption-for-me…/

Perlu ke anda risau tentang ini? Ini tergantung kepada individu masing-masing. Kita semua tau dalam zaman digital ini, kesemua data adalah berbentuk digital dan di tebar melalui jaringan network.

Masalah privacy bukanlah masalah baru, malah banyak juga yang terjadi di Facebook dan lain-lain aplikasi. Banyak juga account aplikasi lain seperti Netflix mahupun Astro on the go yang di jual di pasaran gelap. Jadi masalah ini bukanlah masalah baru.

Jika kita mempunyai pengetahuan tentang ini, diri sendiri haruslah yang menjaga data apa yang hendak di kongsi di atas talian. Kalau rasa terlalu rahsia, jangan pakai teknologi digital, lebih baik bersua muka seperti apa yang selalu di lakukan oleh Tun.

Tambahan: Zoom punya saham di pasaran Nasdaq jatuh semalam akibat masalah-masalah ini. Mungkinkah ini peluang boleh di ambil atau ia akan terus jatuh kerana mempunyai pesaing lain seperti Microsoft Team, Webex dan sebagainya. Apa kata anda?

Rujuk: https://www.tradingview.com/symbols/NASDAQ-ZM/

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer