Ada yang tanya, macam mana nak dapatkan report SSM?
Report SSM adalah dokumen publik yang boleh dibeli. Aku sertakan video di bawah ni tutorial macam mana nak beli report SSM ni.
Jangan lupa SCRUT syarikat tu dulu sebelum buat apa-apa transaksi besar atau “business deal”. Ni penting nak tau kedudukan syarikat tu sendiri. Antara soalan yang boleh di jawab hanya menggunakan report SSM sahaja iaitu:
- Berapa sales dia?
- Siapa pemunya syarikat ni?
- Siapa pemegang syer terbesar?
- Bila syarikat ni di tubuhkan?
- Syarikat ni ada hutang dengan bank tak?
- Syarikat ni rugi ke untung?
- Siapa direktor syarikat ni?
- Berapa banyak syarikat ni bayar cukai?
Nak tau sembang ke tak sembang? beli je report SSM dekat interepo.com