Cara Pengiraan Cukai bagi kereta CBU / Kereta Import Recond dari Jepun dan UK

Di Malaysia, kereta-kereta yang di jual di pasaran sama ada kereta itu adalah kereta baharu (brand new) atau kereta yang di import secara amnya dari beberapa buah negara seperti Jepun, United Kingdom, Australia dan South Afrika. Kereta-kereta ini di import oleh Pengedar yang mempunyai Approved Permit (AP) yang telah di lantik oleh MITI.
Lihat senarai pemegang AP terbuka

Dalam pengiraan cukai bagi kereta import antara cukai yang termasuk, cukai import, cukai eksais dan cukai jualan (sales tax).

Untuk mengetahui kadar cukai import anda semua boleh merujuk di sini . http://maa.org.my/duty-structure.html

Cukai Import secara kasar ialah 30% bagi kenderaan yang di import dari luar negara (CBU). Manakala Cukai / Duti Eksais tergantung kepada jenis kenderaan sama ada Saloon , MPV mahupun 4WD. Duti eksais juga tergantung kepada kapasiti engin kenderaan tersebut.

Contoh Cara Pengiraan untuk CBU & CKD bukan bawah ASEAN CEPT bagi 1800cc ke bawah (kereta)

Nilai CIF x Duti Import (30%) = Kadar Duti Import (RM)

javascript:false

(Nilai CIF + Duti Import (RM)) x Duti Eksais (75%) = Kadar Duti Eksais (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Kadar Cukai Jualan (RM)

Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM) +Cukai Jualan (RM) = Harga Kos Kereta dengan cukai

 Harga Jualan (bukan atas jalan) = Harga Kos Kereta dengan cukai + keuntungan dealer .

Nilai CIF adalah pengikut jenis jenama (brand) dan model kereta tersebut. Nilai CIF di keluarkan oleh Kastam Di Raja Malaysia.

Jika hanya nilai FOB sahaja yang di keluarkan oleh pihak Kastam di Raja Malaysia, pengiraan berikut bagi mendapatkan nilai CIF sesuastu kenderaan

(Nilai FOB x Exchange Rate) + Shipping Cost (Telah di Tetapkan oleh pihak Kastam mengikut negara mana yang di import) + Insurans(1.5% daripada nilai FOB di dalam Ringgit) = Nilai CIF

Pengiraan duti adalah agak kompleks bagi sesetengah pihak. Jalan pintas untuk mengetahu cukai kenderaan import adalah dengan menggunakan Kalkulator Pengiraan Duti Kereta Import

Dengan Kalkulator ini banyak yang boleh di kenal pasti, kita akan tahu kos sebenar sebuah kenderaan yang ingin di jual.

Paparan Skrin KiraDuti.com – Lebih cepat, mudah dan ringkas.

Alat Bantuan Pengiraan Cukai/Duti Kenderaan Kereta Recond Import.

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer