BAGAIMANA MEMASTIKAN SESUATU VIDEO ITU TULEN ATAU PALSU?

Banyak pula orang tanya aku pasal video ni. Just nak bagi disclaimer siap-siap, company aku ada kepakaran buat photo dan video forensic ni, cuma tak minat sangat buat. Sebab nanti macam-macam orang speculate.

Biasanya video tampered ni edited video atau zaman la ni ada deepfake. Contohnya, orang guna muka kau buat video porno. Kita boleh kesan tak yang video tu fake atau tidak? Jawapannya boleh! Sangat boleh.

Tiada yang sempurna melainkan yang ori yang sudah ditakdirkan tuhan. Jadi jika video itu tampered ia boleh dikesan dengan pelbagai method dan cara. Antaranya :

  1. Cari benda yang tidak konsisten dalam pencahayaan mahupun warna pixel
  2. Ada tak titik buta dalam video tersebut.
  3. Ada sambungan pixel yang tidak sempurna.

Atau secara terperinci kita juga boleh

Semak kadar glare atau pencahayaan yang tidak sempurna

Semak rambut atau bulu-bulu halus

Kelipan mata berlebihan atau biasa?

Ekspresi muka yang pelik

Elemen size objek di muka sekata dan mengikut “ratio” dan “propotion” yang sepatutnya

Kulit yang sekata tidak terlampau ketara mahupun terlampau “smooth”

Namun kebiasaanya video deepfake ni di buat pada background yang statik atau bergerak sikit secara digital effect dan hanya objek yang bergerak. Untuk membuat video yang kedua-dua elemen tersebut bergerak secara aktif ianya tersangat komplex. Memang padulah ilmu yang orang boleh buat macam tu.

Jadi hujah untuk mengfake sesuatu video aku kira sangat dangkal jika pakar telah mengesahkan ia tidak disunting melalui method dan cara yang aku share di atas.

Cumanya aku teringat tentang scandal Bill Clinton dengan Monica Lewinski dulu. Ketika itu masih tiada teknologi deepfake. Walaupun pakar-pakar telah mengesahkan yang gambar-gambar dan video-video mereka itu benar. Bill Clinton tetap menafikannya.

Cara bijak Bill Clinton melawan persepsi tersebut adalah dengan mengupah lebih ramai orang melakukan video-video dan gambar-gambar yang disunting diantara dia dan Monica dan disebarkan. Media-media juga diupah untuk disebar luaskan gambar-gambar dan video-video fake tersebut. Akhirnya, persepsi rakyat mengatakan ia fake dan Clinton survive 2 penggal.

Hari ini, makin payahlah nak buat macam tu. Komunikasi semua ada timestamp dan orang tahu. Macam mana kau nak dapat alibi. Mungkin kau pernah call, pernah jumpa ada cctv record, dan macam-macam lagi. Siasatan juga makin holistik. Payahlah kau nak lari walaupun kau umpama Sai Baba di mata masyarakat. Yang salah tetapi salah.

Jadi, keputusan pakar itu benar dan hasil siasatan pasti akan membenarkan. At the end, korang decide lah nak percaya yang mana. Yang taasub akan kekal taasub. Macam video HD kat hotel tu, ada je yang kata fake. Walhal pakar kata 99% bukan tampered, kalau ada orang boleh buat deepfake macam tu pastinya orang itu bukan manusia.

Siapa nak cuba test skill boleh picit link bawah ni

https://detectfakes.media.mit.edu/

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer