Cubaan Pertama Menggunakan ChatGPT untuk membuat satu extension untuk Google Chrom

Petang ketika sedang berehat, kawan aku bernama Anuar menelefon aku.
Tanya soalan “Kau pernah buat extension Google Chrome?”
Aku jawab, tak pernah tapi aku boleh cuba.

Beliau aktif dalam development dan mencari peluang ada dalam dunia digital. Aku tak boleh kongsikan kenapa beliau inginkan satu aplikasi mudah untuk mendapatkan “Precise Refresh” pada satu platform kerana ia adalah satu rahsia yang beliau sendiri jumpa.

Oleh kerana aku ni pemalas tetapi selalu rasa ingin tahu, aku pun cubalah menggunakan ChatGPT sepenuhnya tanpa memahami dan menaip satu baris patah di dalam Code Editor. Aku hanya “Copy & Paste” untuk menyiapkan aplikasi yang simple ini.

Sangkaan aku betul, ChatGPT adalah sangat berkuasa untuk menyiapkan sesuatu aplikasi tanpa perlu memikirkan bagaimana nak buat. Kita hanya perlu promp dan cuba file dan code diberi. Jika ada masalah boleh meminta AI bot tersebut menukar dan memperbaiki code yang di beri sebelumnya.

Agak impressive, namun AI bot ini masih memerlukan manusia supaya menjadi kreatif dan tahu objektif yang hendak di capat. Pengalam yang ada sebagai developer juga aku merasakan diperlukan kerana cara structure yang di buat oleh AI mungkin boleh di tambah baik dengan ” prompt ” yang betul.

Extension yang aku buat ni aku akan publish di Google Extension Store dan aku kongsikan chat yang aku gunakan untuk menyiapkan aplikasi ini.

Link Chat :

https://chat.openai.com/share/5f83bb19-89fc-44d1-a601-e7ad90b77b95

Plugin ni telah di publish di Chrome Web Store

https://chromewebstore.google.com/detail/precise-refresh/lofjjfbfkjhckfepjplnigoiomomclhg?utm_source=ext_app_menu

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer