Dalam industri penjualan kereta recon pada 2-3 tahun kebelakangan ini, banyak AP holder telah melantik agen untuk membuat penjualan kereta secara “Pre-Order” . Jika pembeli sanggup menunggu untuk proses pembelian di negara luar seperti Jepun atau United Kingdom, para pembeli dapat merasai penjimatan kerana kebiasaannya penjual yang membuat penjualan secara Pre-Order akan mengambil kadar keuntungan yang telah di tetapkan. Kebiasaanya mereka mengenakan fee sebanyak 3-9% .
Apa kelebihan untuk membeli kereta secara Pre-Order ini?
Kereta yang di beli secara pre-order kebiasaannya akan di tunjukkan kereta yang akan di lelong (auction) di pusat pelelongan di Jepun. Jika di United Kingdom, kereta yang ingin di beli boleh di cari di laman web penjualan kereta seperti Auto Trader. Jadi, kelebihan membeli secara pre-order ini kita dapat memilih spesifikasi idaman termasuk warna dan aksesories. Pembeli juga dapat mengetahui keadaan sebenar kereta yang ingin di beli daripada di luar negara. Jadi process penjualan ini berlaku dengan ada “transparency” berkaitan keadaan kereta yang akan di perolehi.
Apakah alat bantu yang boleh membantu penjual atau pembeli untuk membuat pengiraan?
Untuk memboleh kana para penjual mengira dengan cepat kos kereta yang akan di beli. Satu alat bantuan bernama KiraDuti ada untuk di akses secara premium, jadi sama ada penjual atau pembeli boleh menggunakan kalkulator pengiraan ini untuk mengira berapa kos sebenar termasuk duti dan cukai . Setiap pengiraan di berikan secara terpecirinci. Jadi mudahlah penjual untuk menjual kenderaan secara Pre-Order mahupun pembeli ingin membuat semakan jika betul duti dan cukai yang telah di kira oleh para penjual.
Boleh lihat alat ini disini