Software Technical Analysis untuk Bursa Malaysia

Setelah beberapa bulan menggunakan TradeStation dan mempelajari EasyLanguage, ada satu masalah yang aku hadapi apabila nak buat analisis teknikal untuk Market Bursa Malaysia.

Dalam Tradestation ada fungsi untuk mengimport ASCII, tetapi masalah yang aku hadapi ialah untuk mendapatkan harga untuk pasaran Bursa. Bursa ada information vendors yang telah mereka letakkan di dalam web mereka tetapi untuk harga yang vendor bagi semuanya agak mahal. Rasa tak berbaloi sebab aku kurang trade di Bursa.

Pada mulanya aku nak buat sendiri software web based menggunakan python dan scrap harga di web bursa. Tapi lepas explore dan google, aku terjumpa satu software iaitu Share Investor. Software ini adalah software berbayar, tapi boleh cuba dulu untuk tempoh percubaan (trial). Apa yang menarik dalam software Share Investor ni adalah anda boleh mendapatkan Live Price Bursa dan juga fungsi DDE di mana anda boleh menggunakan excel untuk di “link” kan dengan software lain.

Selain itu, untuk analisis teknikal, platform ShareInvestor ada fungsi custom di mana kita boleh membuat skrip tersendiri. Bahasanya agak mudah tetapi dokumentasi dan contoh agak kurang di Internet.

Untuk pengiraan yang simple, ShareInvestor cukup memadai untuk digunakan. Selain itu, software ini juga mempunyai fungsi “Scanner” di mana kita boleh set kriteria dan boleh masukkan indicator yang di buat menggunakan skrip ke dalam scanner tersebut. Mudah nak Scan.

Sini ada link sebagai reference untuk membuat skrip.
https://www.shareinvestor.com/help/charts-dynamic_ta_formula_editor_language-station.html

Software macam ni agak membantu untuk buat analisis pasaran lokal.

Berapa harga ShareInvestor Station ni?
Setahum lebih kurang RM1600. Kalau trader kental memang pejam mata aja. Betul tak?

Nik Izwan Kamel is an Entrepreneur who venture in multiple businesses in different industries including IT, Blockchain, E-Commerce, Security, Retail and F&B. A cryptocurrency enthusiast and cooking computer codes at night.

2 comments On Software Technical Analysis untuk Bursa Malaysia

  • Shareinvestor, rasanya tak boleh scan kaunter ikut timeframe kurang dari daily. Tetapi kelebihan shareinvestor, boleh customize parameter indicator.
    Saya guna tradingview, pakej pro, boleh setup scanner untuk daily, hourly, 15-min, 5-min. Tetapi masalahnya parameter indicator default sahaja. Dan terdapat indicator tertentu sahaja.
    Nak jimat guna bursa station, cuba tuan explore fungsi DDE.

    • Betul. Limitation ShareInvestor dia tak boleh scan time frame yang lain. Dia cuma scan daily.
      trading view juga bagus untuk live alert. untuk scanner ada limitation tapi masih boleh gunakan pinescript untuk scan. cumanya hanya di benarkan 40 data pull dlm satu script.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer